Pages

.

.

Friday, August 9, 2013

Merawat masalah sakit sendi

Arthiritis adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis artritis. Golongan tua danmuda boleh mendapat artritis. Artiritis yang paling lazim ialah Arthiritis Reumatoid danOsteoarthritis


ARTRITIS REUMATOID
Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecacatan.



Tanda-tanda dan Gejala-gejala
  • Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
  • Kekakuan pada awal pagi.
  • Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
  • Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal
  • Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi.
  • Kelemahan dan kepenatan.
  • Demam bergred rendah.
  • Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan.
  • Kekakuan otot apabila berada pada satu posisi untuk jangka masa yang lama.

OSTEOARTHIRIS - PENYAKIT SENDI
Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yang menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
  • Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang belakang, siku dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari.
  • Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat.
  • Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan rawan.
Penting Perawatan Artiritis adalah berbeza mengikut jenis-jenis artritis. Adalah penting untuk berjumpa dengan doktor anda jika sebarang dari gejala-gejala dialami, agar penyiasatan dan rawatan yang berpatutan dapat diberikan



Penjagaan Kendiri
Jika doktor anda memberitahu bahawa anda mengalami arthritis, perkara-perkara yang berikut harus dilakukan 
  • Jika kegemukan – kurangkan berat badan anda.
  • Jadikan badan anda lebih lentur dan mudah bergerak. Bersenam setiap hari untuk meningkatkan kelenturan otot. Rangka program senaman dengan fisioterapis anda.
  • Selang-selikan rehat.
  • Haba – Ambil mandian panas pada waktu pagi kerana haba memberikan kelegaan dan merehatkan otot-otot. Rawatan haba yang lain juga boleh dijalankan selepas berunding dengan doktor atau fisioterapis anda.
  • Alat bantuan fizikal – bergantung kepada keadaan pesakit, seorang terapis pekerjaan boleh memberikan nasihat mengenai alat bantuan fizikal yang bersesuaian.



Gaya Hidup
  • Senaman dan istirehat yang sederhana adalah penting. Jika terdapat pembengkakkan atau kesakitan, sendi yang terlibat haruslah dibiar berehat
  • Elakkan dari menegangkan sendi-sendi. Gunakan sendi yang lebih besar untuk melakukan sesuatu pekerjaan, misalannya, untuk membuka pintu, gunakan seluruh lengan anda dan bukannya menggunakan tangan sahaja.
  • Sebarkan berat sama rata pada sendi anda, misalannya, gunakan kedua-dua lengan untuk mengangkat buku dari menggunakan satu lengan sahaja.
  • Makan makanan yang berkhasiat, seimbang dan kekalkan berat badan ideal.
  • Atur aktiviti-aktiviti anda supaya pengeluaran yang maksima dapat dihasilkan dengan usaha yang minima.
  • Sertai kumpulan sokongan artritis.
  • Fikir secara positif dan ceria selalu.



Elak
  • Menegangkan sendi-sendi yang terlibat.
  • Mengangkat objek – gunakan roda atau gelincirkannya.
  • Berada pada satu posisi yang sama pada jangka waktu yang lama
  • Memakai kasut yang tidak berpadanan.
  • Membiarkan sakit mengganggu moral anda.



Cara hidup dengan Arthritis
  • Gunakan alatan baru untuk membantu keperluan harian anda tanpa menegangkan sendi-sendi.
  • Berhubung dengan kenalan baru yang berkongsi masalah yang serupa

Saya Shaklee Independent Distributor (ID 948082), akan bantu anda untuk memiliki dan menggunakan produk ini... .InsyaAllah ^__^.


LIKE FunPage : Jom Kekal Sihat & Menawan
FB Personal : Halimatun Hamina
Email : amyna7698@gmail.com

♥♥ Jaminan kami : Produk-produk Shaklee sentiasa berkesan, sentiasa selamat dan sentiasa mesra alam ♥♥


No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text